KEM BERTEKAD.. skema nya title..
BERTEKAD NATURE PROGRAM merupakan kemuncak kepada program BERTEKAD anjuran Bahagian Jaringan Masyarakat, USM. Berbekalkan 11 orang fasilitator yang terdiri daripada fakulti berlainan di dalam USM, program ini di kick off dengan kalutnya pada Jumaat pagi (6 Julai 2009). Semua fasilitator tiba awal dari waktu biasa (ahakzz biasa la.. 9 start kerja. Kul 8.40 tu agak mencabar gak bagi kami tuk sampai...). Tangga ofis tu beberapa kali dijengah kami tuk lakukan last minit fofostate lah.. angkut lcd projector lah.. call driver la..bla bla bla...
Akhirnya hamper tepat kul 10 kononnya, kami bertolak ngan 2 kenderaan antic pusat.. Volvo telan minyak ngan troper gedabak.. Punya la penuh bonet keta 2 2 biji.. Demi mu geng BERTEKAD!!...
Sebanyak 3 biji kenderaan yang menyusur laju di lebuh raya utara selatan dan exit ikut cangkat jering..Bus isi pelajar2, van isi fasi dan kereta isi fasi + Dr. Maka berhentilah kami di Masjid Simpang 4 kot tuk memBEri laluan kepada pelajar lelaki menunaikan solat Jumaat mereka.. Alhamdulillah nih..

Berpusat di Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang, Hutan Paya Larut Matang, 35 pelajar ditempatkan dalam khemah berbeza dgn iringan 8 orang guru. Fasi walaupun kelihatan bersenang lenang dalam Chalet, tapi percaya lah..kami tido atas lantai ja berlapikkan sleeping bag yang sangat lah nipis. Futsal yang diplan untuk diadakan pn tak sempat diadakan kerana kekangan masa. Permainan warm up suma bermula lepas solat jemaah magrib-isyak. Fasi sekalian kagum melihat kebolehan adik2 suma men“conduct” solat-solat tersebut sendiri.. Wahh hebat-hebat!! Hehehe..
Jeritan dan gelak ketawa bersahut-sahutan antara kumpulan..fuh smangat!!! Ada game raja botol yang menguji ketangkasan dan ketajaman bertindak dalam keadaan tekanan (eleh minor ja tekanan tuh..heheh).. Pas tu mimicry yang memerlukan adik2 meneka dari body language atau gaya yo-yo o yang dibuat.. Heheh jenuh garu kepala la gak orang yang kena act tuh.. Telefon berkarat menyusur tidak lama kemudian.. 2 set skrip telah disediakan.. Macam2 la perkataan berkarat yang terkeluar dari pelajar terakhir.. Terborai gelak bagai nak rak jugak la kami suma.. Pastu ada boom-boom antara group.. Time ni keadaan agak tegang skit.. Isshh adik-adik ooii.. sungguh gila nak menang ya kamu semua!! Relax aah.. Sambil main sambil enjoy aah.. Jgn asyik nak menang ja sampai gado.. tak macho aah camtu.. Cool aah bro!!.. Tirai hari pertama berlabuh selepas wave-wave yang cuba dicipta oleh budak-budak gara-gara didenda kerana buat kecoh time game.. Haa kan dah kena.. behave-behave!!

Mentari yang menyinari kawasan paya bakau turut membakar kami sepanjang kami berjalan ke kilang arang.. Hampir berdekatan dengan tmpt penempatan kami yang sering kali dicabuli oleh c monyet tak g sekolah.. cahhh!!!


Pastu.. tgh hari..dengan membawa perut yang penuh diisi dgn hidangan ikan goreng masin (rasa buh garam banyak sangat kot!!).. semua diwajibkan untuk dengar lak sesi pembentangan atau ceramah pendek oleh Darshan. Hapening gak bila suma terkalut-kalut nak menjawap soalan puzzle n crosswork yang kak Aziah sediakan...






Kemudian hari, peserta dihidangkan pula dengan mainan yang dolu-dolu kerap ja kita main.. Dedikasi kecil : Kebanyakkan mainan ini diusahakan oleh Abg Rohaimi sendiri.. Sila beri tepukan.. hoyeahhh!!..





ceritera panjang lebar akan disambung dikemudian hari.. wahh sudah kering idea untuk berbicara... yosshhhh akan bersambung ....

0 Responses