Wahhh sudah lama dah plak tak update blog nih.. pekabor suma yang sedang bercuti tuh? Wah kakak n abg fasi masih bertungkus lumus melepak dekat lab sambil bekerja n berborak.. hehehe banyak nya borak dari kerja..
By the way.. Ingat tak pesanan kami suma yang adik2 suma kena buat performance time pameran tu? Jgn lupa ya!! Antara cadangan-cadangan persembahan adalah :
1. Nasyid
2. Live band
3. Lagu Hakka (permintaan khas nih!!)
Semangat and tertunggu-tunggu nih persembahan hgpa suma.. Setiap category kat atas tu watlah beberapa lagu .. Untuk lagu live band tu.. Nanti wat la lagu “kau Ilham ku”.. lagu tu cam senang kot.. nnt akak post tab guitar and drum la ye..
p/s: By the way.. Cuti-cuti nih tak dak wat apa2 yang best ka? Sila tekan comment tab kat bawah tuk comment,.... till then.. daaaa
BERTEKAD NATURE PROGRAM merupakan kemuncak kepada program BERTEKAD anjuran
Bahagian Jaringan Masyarakat, USM. Berbekalkan
11 orang fasilitator yang terdiri daripada fakulti berlainan di dalam USM, program ini di kick off dengan kalutnya pada Jumaat pagi (6 Julai 2009).


Semua fasilitator tiba awal dari waktu biasa (ahakzz biasa la.. 9 start kerja. Kul 8.40 tu agak mencabar gak bagi kami tuk sampai...). Tangga ofis tu beberapa kali dijengah kami tuk lakukan last minit fofostate lah.. angkut lcd projector lah.. call driver la..bla bla bla...
Akhirnya hamper tepat kul 10 kononnya, kami bertolak ngan 2 kenderaan antic pusat.. Volvo telan minyak ngan troper gedabak.. Punya la penuh bonet keta 2 2 biji.. Demi mu geng BERTEKAD!!...


Sebanyak 3 biji kenderaan yang menyusur laju di lebuh raya utara selatan dan exit ikut cangkat jering..Bus isi pelajar2, van isi fasi dan kereta isi fasi + Dr. Maka berhentilah kami di Masjid Simpang 4 kot tuk memBEri laluan kepada pelajar lelaki menunaikan solat Jumaat mereka.. Alhamdulillah nih..
Mentari yang menyinari kawasan paya bakau turut membakar kami sepanjang kami berjalan ke kilang arang.. Hampir berdekatan dengan tmpt penempatan kami yang sering kali dicabuli oleh c monyet tak g sekolah.. cahhh!!!


Pastu.. tgh hari..dengan membawa perut yang penuh diisi dgn hidangan ikan goreng masin (rasa buh garam banyak sangat kot!!).. semua diwajibkan untuk dengar lak sesi pembentangan atau ceramah pendek oleh Darshan. Hapening gak bila suma terkalut-kalut nak menjawap soalan puzzle n crosswork yang kak Aziah sediakan...



Kemudian hari, peserta dihidangkan pula dengan mainan yang dolu-dolu kerap ja kita main.. Dedikasi kecil : Kebanyakkan mainan ini diusahakan oleh Abg Rohaimi sendiri.. Sila beri tepukan.. hoyeahhh!!..





ceritera panjang lebar akan disambung dikemudian hari.. wahh sudah kering idea untuk berbicara... yosshhhh akan bersambung ....